fbpx
PENDAKI yang memasuki The Crag Hotel di puncak Bukit Bendera terkejut selepas diekori kelibat kanak-kanak perempuan yang berpakaian Zaman British. -ILUSTRASI SHAH HASAN

Cemas diekori roh budak perempuan zaman British

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKUMPULAN pendaki yang ingin melihat pemandangan indah panorama pada wantu senja di puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang terkejut selepas mereka disambut oleh kelibat dua budak perempuan Zaman British di The Crag Hotel di situ.

Sebelum diintai roh kanak-kanak tersebut, mereka terlebih dahulu diuji dengan kemunculan seekor ular hitam ketika menaiki anak tangga hotel tinggalan era British tersebut.

Akhirnya kumpulan pendaki itu sepakat mengambil keputusan untuk turun segera dari bukit tersebut selepas tidak tahan ‘diusik’ roh berkenaan yang menyeramkan.
———————————————————————————————————————————————————————
THE Crag Hotel yang terletak di puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang, merupakan sebuah banglo era penjajah British yang masih tersergam tanpa diusik pembangunan.

Banglo unik di tengah hutan itu dipercayai didirikan oleh Sarkies Brother pada tahun 1885 untuk dijadikan hotel yang beroperasi hingga Perang Dunia Kedua.

Malah, hotel itu juga pernah dijadikan markas tentera Jepun dan sebagai sekolah sebelum ditinggalkan sehingga kini.

Bagaimanapun, entah kenapa hotel yang penuh dengan sejarah itu ditinggalkan begitu sahaja selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Ia dipercayai kerana, pemiliknya yang bersilih ganti tidak dapat tinggal di situ kerana mendakwa sering diganggu kelibat roh kanak-kanak British yang berkeliaran.

Biarpun diselubungi pelbagai kisah misteri, The Crag Hotel menjadi tumpuan para pendaki untuk mencabar stamina masing-masing sepanjang pendakian ke puncak bukit.

Bagi seorang pendaki, Mohd.Ariffin Aziz, 42, dia masih ingat kisah misteri sewaktu mendaki bersama rakan-rakan di kawasan itu.

“Persekitaran hotel tinggal itu sangat cantik dan tenang kerana dari hiruk-pikuk kota. Kami memulakan pendakian dari bawah Bukit Bendera pada waktu petang.

“Kami mendaki pada waktu itu kerana mahu menikmati suasana senja yang cantik di kawasan The Crag Hotel,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mohd.Ariffin berkata, dia dan kumpulan pendaki terdiri daripada rakan-rakannya seramai 10 orang tiba di kawasan The Crag Hotel pada pukul 6 petang.

Jelasnya, ebelum memasuki kawasan hotel tinggal itu, mereka kami perlu meminta kebenaran daripada wanita menjaga tanah itu.

THE Crag Hotel yang terletak di puncak Bukit Bendera menyimpan banyak kisah misteri.

“Dia agak berusia dan kurang fasih berbahasa Melayu tinggal di rumah kecil di kawasan berhampiran hotel lama itu. Kami difahamkan dia dan keturunannya adalah penjaga kawasan tersebut.

“Pada masa itu, anjing belaan wanita tua ini tidak henti-henti menyalak, namun kami tetap memberanikan diri meminta kebenaran untuk memasukinya,” katanya.

Mohd.Ariffin berkata, wanita tua itu agak keberatan untuk membenarkan kami melalui kawasan berkenaan kerana katanya hari sudah semakin gelap.

“Akhirnya selepas memujuk wanita itu selama 10 minit, dia benarkan kami masuk dengan apa-apa risiko adalah di bawah tanggungan sendiri,” katanya.

Tambah Mohd. Ariffin, mereka kemudian meneruskan pendakian dan berasa tenang melihat kawasan persekitaran yang menghijau.

“Kami akhirnya tiba di anak tangga menuju The Crag Hotel, saya sendiri terpegun melihat binaan banglo ini yang tersergam di tengah-tengah hutan,” katanya.

Katanya lagi, dia mula berasa tidak sedap hati apabila salah seorang ahli kumpulannya ternampak kelibat seekor ular hitam di anak tangga berkenaan, namun ia hilang dengan sekelip mata.

“Kami tetap mendaki anak tangga untuk sampai ke puncak banglo yang mana pemandangan indah matahari terbenam dengan panorama pusat bandar dapat dinikmati di kawasan belakang bangunan berkenaan.

“Biarun suasana dalam banglo agak menyeramkan, namun kami perlu melalui kawasan ruang tamu untuk ke bahagian belakang.

“Entah kenapa secara tiba-tiba, di ruang itu kami terasa angin dingin menderu masuk dan terdengar sayup-sayup suara kanak-kanak ketawa,” katanya.

Mohd. Ariffin menambah, pada ketika itu, seorang ahli kumpulan mencadangkan agar mereka segera pulang kerana bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Memandangkan hampir ke penamat misi melihat matahari terbenam, kami teruskan juga langkah ke bahagian belakang banglo berkenaan.

“Kami akhirnya tiba juga di kawasan lapang di belakang banglo itu. Suasana di situ amat sunyi dan agak menyeramkan apabila senja semakin menghampiri,”katanya.

Namun katanya, suasana tenang dan sunyi di situ tidak kekal lama apabila mereka ternampak kelibat dua kanak-kanak perempuan British sedang merenung ke arah mereka dari tingkap hotel berkenaan.

“Wajah kanak-kanak ini kelihatan berkabus, tetapi saya nampak dia memakai gaun kanak-kanak pada zaman dahulu.

“Kami hanya memandangnya sekilas dan selepas itu kelibat tersebut hilang.

“Kami tidak sedap hati dan memutuskan untuk segera turun dari kawasan itu tanpa melihat matahari terbenam,” katanya.

Katanya, sepanjang pendakian turun dari kawasan Hotel The Crag itu, nasibnya dan ahli kumpulan tidak baik apabila kelibat kanak-kanak itu sering muncul di tepi mereka sambil berselang-seli dengan bunyi hilai ketawa mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN