fbpx

Tempah kek awal pagi, pelanggan minta maaf kepada Cef As

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permohonan maaf yang diterima Cef As daripada pelanggan yang menempah kek semalam.

TAMPIN – Seorang peniaga kek di Bazar Mara Gemencheh Lama, di sini tidak menyangka perkongsiannya mengenai tindakan seorang pelanggan yang mahu menempah kek pada awal pagi menjadi tular sekali gus menerima pelbagai persepsi daripada orang ramai.

Peniaga berkenaan, Siti Nur A’shikin Sadikun, 38, berkata, dia berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu orang ramai memahami privasi peniaga yang juga mahu berehat selepas seharian bekerja.

Menurutnya, pelanggan berkenaan menghubunginya pukul 3. 46 pagi beberapa kali semata-mata mahu menempah kek.

“Deringannya panjang dan bila tak angkat, dia hubungi sekali lagi. Ia membuatkan saya terkejut dan terus bangun tidur.

“Saya ingatkan ada hal kecemasan, kematian atau panggilan mustahak daripada keluarga tetapi bila tengok WhatsApp, pelanggan itu tanya adakah saya buat kek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelasnya, terkilan dengan tindakan pelanggan berkenaan yang menganggu waktu tidurnya membuatkan dia bertindak memuat naik status di laman Facebook kira-kira pukul 4 pagi.

“Peniaga juga manusia biasa. Jika WhatsApp saja tiada masalah dan saya memang biasa menerima mesej pada awal pagi. Kita perlu tahu adab dengan orang,” ujarnya.

Siti Nur A’shikin yang lebih dikenali dengan panggilan Cef As yang telah membuka kedai kek sejak 2014 tidak menyangka pengikut facebooknya bertambah hampir 1,000 gara-gara status yang tular itu.

Menurutnya, dia dan pelanggan berkenaan tidak mempunyai masalah dan urusan perniagaan berjalan seperti biasa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI