fbpx

Usul supaya pilihan raya umum Indonesia ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDIRIAN Jokowi berhubung usul menangguhkan pilihan raya umum atau pilihan raya 2024 dan melanjutkan tempoh jawatan kepada tiga penggal adalah kekal sama. – Liputan 6

JAKARTA – Timbalan Ketua Staf Presiden Kelima, Jaleswari Pramowardhani memastikan bahawa pendirian Presiden Joko Widodo (Jokowi) berhubung usul menangguhkan pilihan raya umum atau pilihan raya 2024 dan melanjutkan tempoh jawatan beliau kepada tiga penggal kekal sama, lapor saluran berita Liputan6 semalam. 

Beliau menegaskan bahawa Jokowi akan tetap patuh kepada perlembagaan dan Undang-Undang 1945 yang berkuat kuasa. Jokowi sebelum ini mahu pentadbirannya kekal dua penggal sahaja.

“Sesiapa pun dialu-alukan untuk memberi pendapat. Bagaimanapun, Presiden masih mempunyai keputusan sama dalam melanjutkan jawatannya selama tiga penggal dan menangguhkan pemilihan.

“Presiden sentiasa merujuk kepada perlembagaan dan undang-undang yang terpakai,’’ jelas Jaleswari kepada pemberita.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Kebangkitan Negara (PKB), Muhaimin Iskandar mendedahkan bahawa banyak pihak bersetuju dengan cadangannya supaya Pilihan Raya Umum 2024 di Indonesia ditangguhkan untuk tempoh satu hingga dua tahun.

Kenyataan berkenaan merujuk kepada analisis ‘big data’ menerusi perbualan di media sosial. Menurutnya, daripada 100 juta akaun di media sosial, 60 peratus menyokong pilihan raya 2024 ditangguhkan dan 40 peratus sebaliknya.

Muhaimin menegaskan bahawa usul penundaan pelaksanaan pilihan raya itu adalah daripada inisiatif beliau sendiri. 

“Itu idea saya bagaimana untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi daripada terganggu oleh pilihan raya. Keputusannya bergantung kepada presiden dan pemimpin-pemimpin parti,’’ katanya.

Beliau bagaimanapun tidak kisah jika ada pihak yang menolak cadangan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI