fbpx

Abdul Hamid hilang hak komen isu kartel dalam PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menegaskan pihaknya sebulat suara mendapati bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador hilang haknya untuk membuat sebarang komen berkaitan isu kartel dalam pasukan keselamatan negara ini.

EAIC berkata, keputusan itu merujuk kepada kenyataan Abdul Hamid yang dilaporkan dalam media sebelum ini mengatakan dapatan siasatan suruhanjaya itu mengenai isu kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ‘cetek dan tidak betul’.

“Beliau tidak memberikan sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaan dan tidak menamakan mana-mana pegawai yang terlibat dalam isu kartel tersebut selain mengakui tidak pernah membangkitkannya dalam mana-mana mesyuarat melibatkan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM Bukit Aman selaku KPN.

“Justeri, barisan Pesuruhjaya EAIC mendapati, beliau selaku KPN (ketika itu) tidak mengambil tindakan sewajarnya walaupun mengetahui isu kartel ini sejak 2020 yang mana beliau mempunyai kuasa untuk menanganinya sebelum mendedahkan kepada media,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, Abdul Hamid selaku KPN sepatutnya mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada media.

“Terdapat saksi dalam siasatan EAIC yang menyatakan bahawa kenyataan mengenai kewujudan kartel oleh Abdul Hamid pada saat akhir sebelum kontrak beliau sebagai KPN tamat pada Mei 2021 menimbulkan persoalan tentang motif dan tujuan pendedahan tersebut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, EAIC juga ingin menegaskan bahawa Abdul Hamid turut enggan untuk dirakamkan percakapan lanjut bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI