fbpx

Persiapan Penang FC sedikit terencat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASAGRANDE digantung daripada terlibat dengan aktiviti bola sepak selama sebulan dan denda sebanyak RM3,000 ekoran pergaduhan ketika menentang TFC II.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

Meskipun bakal kehilangan dua tonggak utama dalam dua perlawanan penting termasuk aksi pembuka tirai Liga Super menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat depan, pengurusan Penang FC akur dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib FAM.

Penang FC dalam satu kenya­taan berkata, pihaknya bersedia menanggung denda yang dikenakan ke atas kedua-dua pemain mereka iaitu Endrick Dos Santos dan Anselmo Arruda Da Silva atau Casagrande.

“Dalam apa jua keadaan, hukuman penggantungan ini pada hakikatnya telah memberi impak besar dan menjejaskan persiapan pasukan yang masih dalam proses membina keserasian dalam pasukan khususnya dua pemain import yang baru sahaja tiba untuk bersama pasukan.

“Ini adalah suatu tamparan besar dan cabaran yang berat untuk dipikul oleh pasukan dalam masa yang sudah kesuntukan,” kata kenyataan itu semalam.

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM kali ketujuh bagi penggal 2021-2025 memutuskan Endrick digantung selama dua minggu daripada terlibat de­ngan sebarang aktiviti bola sepak berkuatkuasa 24 Februari hingga 9 Mac 2022 serta denda RM1,000.

Casagrande pula digantung sebulan bermula tarikh sama hingga 25 Mac 2022 dan didenda RM3,000, manakala Penang juga turut dikenakan denda RM5,000

Kesalahan dua pemain ini dilakukan pada Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu menentang Terengganu II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 9 Februari lalu.

Kesalahan tersebut disabitkan di bawah Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM dan kedua-duanya telah diberi amaran agar tidak mengulangi kesalahan sama atau berdepan hukuman yang lebih berat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI