fbpx

Terengganu, Kelantan diramal dilanda banjir susulan hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan berlaku banjir di beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan hari ini susulan hujan berterusan di dua negeri terbabit.

JPS berkata, ramalan tersebut adalah susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang dikeluarkan hari ini.

“Banjir dijangka berlaku di Terengganu bermula pukul 2 petang ini di Lembangan Sungai Besut melibatkan Besut, Lembangan Sungai Kemaman melibatkan Kemaman, Lembangan Sungai Setiu di Setiu, dan Lembangan Sungai Terengganu bagi Hulu Terengganu.

“Banjir juga dijangka berlaku di sekitar kawasan-kawasan yang dinyatakan serta kawasan lain yang berisiko,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, banjir di Kelantan pula dijangka berlaku bermula pukul 8 malam ini di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan Kuala Krai dan Tanah Merah serta kawasan-kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

“Penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Maklumat dan amaran semasa boleh diperoleh menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfioBanjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI