fbpx

Sinar mentari turunkan tekanan darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINARAN matahari baik untuk tubuh untuk menyerap kalsium dan fosfat daripada makanan untuk kesihatan tuolang dan otot. – GAMBAR HIASAN

TIDAK dapat dinafikan, ada antara kita tidak gemar berada di bawah sinaran matahari atau ultra ungu.

Hakikatnya, badan kita amat memerlukan sinaran ultra ungu bagi meningkatkan mood, menurunkan tekanan darah, menguatkan tulang dan otot serta meningkatkan sistem imun badan.

Pendedahan singkat kepada cahaya matahari sudah cukup untuk meraih semua faedah itu.

Pada asasnya, tanpa pendedahan langsung kepada matahari, kita tidak boleh mendapatkan vitamin D.

Apabila cahaya matahari mengenai kulit, tubuh akan menyerap dan menukarkannya kepada nutrien.

“Apabila matahari bersinar pada kulit, sinarannya akan menyasarkan molekul 7-dehydrocholesterol dan menukarnya menjadi pravitamain D.

“Selepas itu, ia mengambil masa beberapa minit untuk bertukar kepada vitamin D,” kata Ann Webb, profesor dalam bidang sinaran atmosfera di Universiti Manchester, England.

Tambahnya, kita memerlukan vitamin D, supaya badan boleh menyerap kalsium dan fosfat daripada makanan untuk tulang, gigi dan otot yang sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI