fbpx
Lelaki tersebut ditenangkan oleh tetamu majlis perkahwinan ketika mengamuk di acara itu. - Instagram @andreli_48/Merdeka

7 tahun bercinta tak jadi, lelaki mengamuk di majlis kahwin kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gara-gara kecewa cinta dikhianati, seorang lelaki mengamuk di sebuah majlis perkahwinan kerana teman wanitanya memilih jejaka lain sebagai suami selepas mereka bercinta selama tujuh tahun, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Instagram, seorang lelaki yang memakai jaket hitam dilihat berada dalam keadaan marah dan memberitahu bahawa dia ingin bertemu dengan pengantin.

Lelaki tersebut dilaporkan baru pulang ke Indonesia selepas merantau di Malaysia selama tujuh tahun.

Sepanjang tempoh itu, dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama teman wanitanya.

Lelaki itu bagaimanapun berasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa teman wanitanya membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain.

“Hancur hatinya. Hubungan cinta jarak jauh selama tujuh tahun. Selepas pulang, teman wanitanya mengahwini lelaki lain,” demikian menurut keterangan akaun Instagram @andreli_48.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati kepada lelaki berkenaan.

“Jangan-jangan setiap bulan dia kirimkan duit. Sebab itulah dia amat kecewa apabila teman wanitanya berkahwin dengan orang lain,” kata seorang netizen.

“Tujuh tahun jaga jodoh orang,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI

POPULAR