fbpx

Covid-19 : Penggunaan katil ICU lepasi 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiga negeri merekodkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus semalam iaitu Johor (70 peratus), diikuti oleh Perlis (64 peratus) dan Kuala Lumpur (59 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, lapan negeri merekodkan peratusan pengisian katil bukan ICU melebihi 50 peratus dengan yang tertinggi ialah Kelantan (108 peratus).

“Seterusnya, Johor (105 peratus), Perak (104 peratus), Perlis (93 peratus), Selangor (95 peratus), Sabah (85 peratus), Kuala Lumpur (76 peratus) dan Putrajaya (66 peratus).

“Bagi Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sembilan negeri menunjukkan pengisian melebihi atau sama 50 peratus iaitu Perak (86 peratus), Selangor (80 peratus), Negeri Sembilan (69 peratus), Terengganu (62 peratus), Kelantan (60 peratus), Sabah (59 peratus), Pulau Pinang (54 peratus), Perlis (54 peratus) dan Melaka (50 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 132 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36 peratus. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI