PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dimaklumkan kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, semalam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di aplikasi Instagram oleh pentadbir Admin DUKE, sebentar tadi.
Bagaimanapun, tiada pelawat yang dibenarkan melawat beliau buat masa ini.
“Keluarga yang berbahagia Datuk Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah, beliau stabil setakat ini.
“Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham,” kata kenyataan itu.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Kazim dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital, sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di aplikasi Facebook oleh pentadbir Admin DUKE yang memohon orang ramai mendoakan kesihatan beliau. – KOSMO! ONLINE














