fbpx
Allahyarham Halimah sebelum ini terlantar di Hospital King Fahad, Arab Saudi sejak dua bulan lalu akibat strok ketika mengerjakan umrah.

Pengakhiran ‘terindah’, jenazah Halimah disemadi di Baqi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wanita warga emas yang sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Fahad, Arab Saudi disahkan meninggal dunia pukul 3.34 petang semalam waktu tempatan atau 8.34 malam waktu Malaysia.

Anaknya, Siti Nur Ain Abd. Sanief, 31, memaklumkan, dia sempat menatap wajah arwah ibunya, Allahyarham Halimah Ismail, 64, menerusi panggilan video bersama adiknya, Muhammad Al Imran, 25, yang masih berada di sana.

“Baru tadi buat video call (panggilan video) selepas mandi jenazah. Masa dekat ICU (Unit Rawatan Rapi) pun ada buat video call,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Dia memaklumkan, solat jenazah ibunya akan dilaksanakan selepas waktu subuh di Madinah hari ini.

“Insya-Allah akan dikebumikan di Baqi,” katanya.

Dalam masa sama, Siti Nur Ain turut memaklumkan pemergian ibunya menerusi hantaran Thread pada malam tadi.

“Assalammualaikum semua, mak saya dah meninggal dunia. Minta kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah dekat mak saya ye. Kami sekeluarga reda dengan segala ujian,” katanya.

Siti Nur Ain ketika dihubungi mengesahkan jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Nabawi selepas solat subuh waktu tempatan sebelum dikebumikan di Perkuburan Baqi’.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebuah keluarga memerlukan bantuan ke­wangan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi membawa pulang ibu mereka yang terlantar di Hospital King Fahad, Arab Saudi sejak dua bulan lalu akibat strok sewaktu mengerjakan umrah.

Halimah dari Kampung Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital tersebut sejak 5 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN