fbpx

Penjaja jalanan di Perak berdepan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff.

IPOH – Penjaja jalanan di negeri ini yang masih ingkar menjalankan urusniaga di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya bakal berdepan tindakan tegas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi lagi setelah beberapa siri advokasi dilaksanakan dan peringatan kepada mereka.

Katanya, tindakan degil golongan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

“Tindakan (menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya) menyalahi peraturan kerana berniaga di tempat berbahaya terutama di rizab jalan boleh mengundang kecelakaan dan nahas.

“Sebelum ini kita ada buat advokasi, beri nasihat. Selepas ini tiada lagi advokasi dan kita rancang dalam masa terdekat (tindakan saman),” katanya dalam sidang akhbar pada Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan terhadap pihak yang menjalankan perniagaan di atas jalan diambil berdasarkan peruntukan di bawah Kaedah 10A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI