fbpx

Saya bukan seorang ahli silap mata – Yusri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRI mahu para penyokong Perak FC memberikannya masa untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Bos Gaurus.

YUSRI Che Lah berada dalam situasi penuh debar untuk merealisasikan dua impian berbeza bersama Perak yang pernah mengangkat namanya sebagai salah seorang pemain berprofil tinggi suatu ketika dahulu.

Tahun 2022 nyata menjadi detik paling bertuah buat diri­nya, namun melihat pelantikannya sebagai pengendali baharu skuad The Bos Gaurus sebagai satu amanah cukup besar untuk dilaksanakan.

“Syukur, ini satu-satunya keinginan seseorang pemain yang pernah menabur bakti di sini. Hari ini menjadi hari dan tahun bertuah kerana ditawarkan jawatan ini apatah lagi semua orang tahu Perak bukan pasukan kecil.

“Saya pernah bersama pasukan ini dan sekarang saya hadir dengan jawatan berbeza. Saya inginkan sesuatu yang baik buat pasukan dan ia sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

“Untuk mengemudikan pasukan menjadi sesuatu yang membuatkan saya cukup tersentuh dan peluang ini menjadi satu pengalaman berbeza buat diri saya,” katanya.

Ketika bergelar pemain, Yusri memulakan kariernya bersama negeri kelahiran, Perlis dan pernah membawa cabaran Selangor, Perak dan MPPJ Selangor, malah khidmatnya pernah ditagih oleh skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, Yusri me­negaskan, beliau bukan ahli silap mata yang mampu mengubah pasukan dalam sekelip mata dan menagih sokongan padu daripada peminat tempatan khususnya penyokong setia Perak.

“Kepada semua peminat, saya faham keinginan kamu semua kerana tanpa kamu tiadalah kemeriahan.

“Saya ingat kembali 15 tahun, 19 tahun lalu, stadium ini penuh dengan penyokong.

“Kita jadi penghibur kepada penyokong dan saya harap be­rilah ruang kepada pemain untuk teruskan legasi sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI