fbpx
SKUAD B-23 kebangsaan giat menjalani latihan menjelang aksi membuka tirai Kejuaraan B-23 AFF menentang Myanmar di Stadium Prince, Kemboja semalam.

Satu lagi kes positif Covid-19 himpit skuad B-23 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara sekali lagi terima tamparan besar apabila terus dihimpit masalah jangkitan Co­vid-19, sehari sebelum membuka tirai Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menentang Myanmar di Stadium Prince, hari ini.

Shafi Azswad Sapari yang hadir ke Kemboja bagi menggantikan Fahmi Daniel Zaaim turut terpaksa ‘berpisah’ dengan rakan sepasukan lain selepas keputusan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang dilakukannya sejurus tiba di Phnom Penh juga didapati positif.

Pengendali negara, Brad Maloney berkata, beliau tiada pilihan lain kecuali cuba memanfaatkan pemain yang dimiliki ketika ini sambil menyifatkan ­Myanmar sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan B.

“Shafi tiba di Kemboja semalam (kelmarin). Dia berlepas dari Kuala Lumpur dengan ujian PCR negatif tetapi ketika di ketibaan, keputusan ujian dilakukan didapati positif.

“Daripada latihan yang dijalankan, kami masih lagi me­lakukan eksperimen dan melihat pilihan berlainan dan mencuba kombinasi berbeza. Mereka adalah pasukan pilihan dalam kumpulan ini dan pasti ia akan menjadi lawan yang sukar.

“Memang sedikit kecewa de­ngan ketiadaan pemain ini tetapi kita akan hadapinya dengan apa yang kita ada,” katanya menerusi sidang akhbar dalam talian, semalam.

Sebelum ini, pasukan negara yang tiba di Phnom Penh, Jumaat lalu turut dipalit isu jangkitan yang menyaksikan Fahmi Daniel juga positif menerusi ujian PCR sejurus tiba di Kemboja.

Sementara itu, Mohd. Aiman Afif Md. Afizul yang dipilih untuk menggalas tugas selaku kapten menyifatkan Myanmar sebagai lawan yang memiliki kelajuan.

“Kami tidak boleh ambil muda aksi pertama dan semua pemain kena berikan 100 peratus. Untuk saya, tugasan sebagai kapten adalah tanggungjawab besar khususnya untuk mengetuai pa­sukan pada kempen kali ini.

“Saya belum pernah menentang Myanmar tetapi kita tahu kualiti yang mereka ada. Mereka cukup laju, jadi kita kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

POPULAR