fbpx
Keadaan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan menghala selatan, hari ini. IHSAN MEDIA SOSIAL

Cuti panjang, trafik sesak menuju Melaka, PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara–Selatan dilaporkan sesak dan perlahan di beberapa lokasi utama petang ini, khususnya melibatkan laluan ke arah Negeri Sembilan, Melaka dan Port Dickson.

Menurut Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia, setakat pukul 2.35 petang, aliran trafik sesak susulan pertambahan kenderaan sempena cuti umum dan hujung minggu.

Antara laluan kritikal yang dikenal pasti ialah dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, diikuti kesesakan dari Bandar Ainsdale ke Senawang serta Hentian Sebelah Senawang menuju ke Pedas Linggi.

Selain itu, laluan di Lebuh Raya Seremban–Port Dickson turut menyaksikan trafik bergerak perlahan dari Lukut ke Persimpangan Sua Betong, menuju ke kawasan peranginan di pesisir pantai.

Pada masa sama, arah utara di Lebuh Raya Utara–Selatan dilaporkan sesak di beberapa lokasi melibatkan laluan dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah serta sekitar persimpangan Gopeng hingga Alor Pongsu ke Jawi.

Di ibu negara pula, Lebuh Raya Duta–Ulu Kelang (DUKE) menyaksikan aliran trafik sesak arah timur dari Greenwood ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Tol Gombak.

Kesesakan itu berlarutan sehingga Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak, dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi berikutan pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN