fbpx

Liverpool tagih sentuhan magis Jota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (depan) kini menduduki tangga kedua dalam carta penjaring terbanyak EPL dengan 12 gol apabila hanya empat jaringan di belakang Salah. – AFP

LONDON – Jurgen Klopp yakin keputusan Liverpool untuk mendapatkan Diogo Jota dibuat tepat pada masanya apabila bintang Portugal itu sudah mula menyerlahkan potensi sebenarnya.

Khidmat Jota terus menjadi sandaran Liverpool menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley di Stadium Turf Moor malam ini selepas dia berjaya menyumbangkan dua gol ketika menewaskan Leicester City kelmarin.

Penyerang berusia 25 tahun itu berada pada tahap terbaik apabila berjaya mengumpul 17 gol dalam semua kejohanan bersama The Reds musim ini berbanding 13 jaringan daripada 30 perlawanan musim lalu.

Daripada jumlah itu, 12 jaringannya terhasil dalam saingan EPL dan meletakkan namanya di belakang seorang lagi bintang Liverpool, Mohamed Salah yang mengumpul 16 gol sebagai penjaring terbanyak setakat ini.

“Ia lebih kepada masa yang tepat. Saya pasti 100 peratus dalam masa setahun lagi Jota akan mendapat tawaran daripada kelab-kelab besar.

“Situasi ini sama dengan Mo (Salah) kerana jika dia terus kekal di AS Roma sebelum ini dengan apa yang dilakukannya sekarang, pasti akan ada kelab besar yang datang kepadanya.

“Paling penting dalam sesuatu kemasukan pemain baharu adalah kami perlu pastikan mereka menyertai pasukan pada kedudukan yang terbaik. Ia tidak bermakna mereka perlu terus melakukan perubahan drastik sejak dari hari pertama berada di sini,” kata Klopp.

Selain Jota, prestasi dijelmakan Luis Diaz juga menghadirkan keterujaan kepada Klopp sekali gus mengekalkan pencapaian baik Liverpool dalam urusan perpindahan pemain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tiada rahsia kecuali kami memiliki individu yang tepat pada satu-satu jawatan. Saya juga pasti kelab lain juga sama. Seperti yang diperkatakan orang Jerman, kami tidak ‘berenang dalam duit’ dan adalah penting untuk kami membuat keputusan yang betul,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI