fbpx

Ajaran sesat di Perak dibawa pihak luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Farid melepaskan peserta Kayuhan Reunion anjuran CCT di Kuala Kangsar pagi tadi.

KUALA KANGSAR – Kegiatan ajaran sesat yang dikesan mula bertapak di negeri ini dipercayai digerakkan oleh pihak luar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kumpulan dari negeri jiran itu kemudian membuat penempatan di daerah Muallim bagi menyebarkan ajaran yang menyalahi akidah.

“Ada satu kumpulan yang telah dikenal pasti di mana mereka ini bergerak dari negeri lain sebenarnya dan membuat penempatan di kawasan Muallim.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu ulas lanjut kerana kes tersebut masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk),” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta berbasikal Kayuhan Reunion anjuran Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Associatian (OCA) di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Menerusi laporan media Rabu lalu, JAIPk telah mengesan penyebaran ajaran meragukan oleh pihak tertentu di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, ajaran meragukan itu berselindung atas faktor ekonomi bagi mengembangkan pengaruh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI