fbpx

PRN Johor : PN pastikan calon di 56 kerusi bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainudin melambaikan tangan kepada penyokong PN sebaik tiba bagi merasmikan Majlis Program Kotak Prihatin dan Penyerahan Kotak Prihatin kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di MPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru hari ini. - Foto : RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) akan memastikan kesemua 56 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempunyai latar belakang yang ‘bersih’.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, calon-calon yang terpilih itu mestilah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, kes mahkamah atau mempunyai isu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau yang juga Pengarah PRN Johor PN berkata, mereka akan melalui proses tapisan ketat sebelum disenaraikan sebagai calon PRN tersebut.

“Kita akan pastikan calon-calon daripada semua parti komponen diteliti semua rekod mereka, sama ada pernah terlibat dengan kegiatan jenayah, kes mahkamah atau ada masalah dengan LHDN. Selepas itu barulah kita umumkan secepat mungkin, mungkin minggu depan.

“Pembahagian kerusi akan dilakukan selepas kita mendapat kepastian (jawapan) daripada agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kotak Prihatin Kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Dewan Pusat Produktiviti Malaysia (MPC), Bandar Baru Uda di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI