fbpx

Pintu sempadan belum dibuka 1 Mac – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANGKAK – Pintu sempadan negara berkemungkinan tidak akan dibuka pada 1 Mac ini memandangkan tiada perbincangan ke arah itu dilakukan buat masa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuka sempadan walaupun ia akan banyak membawa manfaat kepada sektor ekonomi terutama pelancongan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan langkah membuka sempadan kepada pelancong luar negara akan tetap dibuat pada suatu hari nanti.

“Cadangan itu (buka sempadan 1 Mac) akan dibincang oleh Kementerian Kesihatan dan mungkin menteri-menteri kuartet akan duduk sama bincang. Kalau perlu kelulusan Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kabinet kita akan bincang.

“Tetapi setakat ini kita tak ada bincang lagi dan kalau belum (bincang) 1 Mac belum saya rasa (buka sempadan). Kita tunggu dahulu kerana saya tak nak mendahului Kementerian Kesihatan sebab mereka belum rujuk saya lagi. Kita tengah buat kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Ramah Mesra bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang di Dewan Putra, Padang Lerek, di sini hari ini.

Pada 8 Februari lalu, Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Namun demikian Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ujian Covid-19 perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara.

Ketika ditanya dakwaan sesetengah pihak bahawa pengumuman MPN itu bersifat politik, Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu dan hanya membaca kenyataan yang dilaporkan akhbar.

Ismail Sabri berkata, banyak negara juga masih belum membuka sempadan masing-masing seperti Australia dan New Zealand selain terdapat negara yang menutup semula sempadan kerana kes Omicron tinggi di negara masing-masing.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI