fbpx
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines. -Shutterstock

Penumpang cuba buka pintu pesawat  ketinggian hampir 11, 000 meter 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sebuah pesawat  United Airlines dilencongkan ke Washington selepas seorang penumpang cuba membuka pintu kapal terbang itu pada ketinggian 10,972.8 meter, lapor saluran  berita NBC News. 

Kejadian melibatkan Penerbangan 1551 membawa 145 penumpang dan enam kru, baru-baru ini. 

Pesawat  Boeing 373 Max 8 itu dalam perjalanan ke Bandar Guatemala selepas berlepas dari Newark, negeri New Jersey pukul 7 malam (waktu tempatan). 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) berikutan gangguan tersebut.

“Pesawat ini mendarat dengan selamat dan disambut oleh penguatkuasa undang-undang untuk menangani apa yang disifatkan oleh United Airlines sebagai tingkah laku penumpang tidak terkawal,” kata United Airlines. 

Tiada kecederaan dilaporkan. 

FAA menegaskan bahawa setiap pelanggaran yang dilakukan oleh penumpang boleh didenda sehingga  AS$43,658 (RM173,230). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN