fbpx
Wanita yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Gunung Irau diselamatkan bomba semalam. - Foto IHSAN JBPM

Bomba, malim gunung jalan 3km bantu wanita sesak nafas di Gunung Irau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang wanita berusia 21 tahun sesak nafas ketika menjalani aktiviti hiking di Gunung Irau yang terletak di sempadan negeri ini dan Pahang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.32 malam.

“Seorang perempuan berusia 21 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas sewaktu menjalani aktiviti hiking ‘open trip’ di Gunung Irau, sempadan Perak dan Pahang.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, beberapa orang malim gunung yang keluar awal telah memohon bantuan dan menunggu di pondok Polis Bantuan serta menunjuk arah pasukan bantuan ke lokasi tempat mangsa berada,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi dimaklumkan bahawa jarak antara lokasi mangsa dengan pondok polis bantuan adalah sejauh 6 kilometer (km) namun kenderaan bomba boleh dibawa masuk sehingga 3km sahaja iaitu di kawasan syarikat Agroto Business.

“Mangsa telah berjaya dijumpai dalam keadaan selamat pada pukul 11.10 malam.

“Ketua operasi seterusnya bersama dengan tiga anggota, dua malim gunung, seorang pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang orang awam masuk ke dalam hutan untuk memberikan bantuan kepada mangsa,” katanya.

Sabarodzi berkata, setibanya anggota penyelamat di lokasi mangsa, ketua operasi mengarahkan anggota mengaplikasikan konsep SAVER dengan memberi rawatan awal kepada mangsa oleh anggota pasukan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa diselimutkan dengan kain tebal sehingga mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa kemudiannya dipapah dan dibawa turun dari bukit dan diserahkan pada pihak KKM untuk dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN