JAKARTA – Pernduduk sebuah perkampungan di Indonesia dibelenggu ketakutan apabila kelibat didakwa pocong berada di hadapan pintu rumah mereka pada waktu malam, lapor portal berita Indozone.
Kejadian berlaku di Kalideres, Jakarta Barat, baru-baru ini.
Imej video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infonesiaku.id menunjukkan pocong tersebut berdiri tegak di depan pintu atau pagar rumah.
Ketua Polis Kalideres, Rihold Sihotang berkata, pihaknya masih belum menerima laporan rasmi.
“Namun, kami akan menyiasat lebih mendalam berdasarkan maklumat yang beredar di media sosial,” kata Rihold.
Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siram pakai air panas,” kata seorang netizen. – AGENSI














