fbpx

Premis simpan kulit harimau disita Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kulit harimau, kulit beruang dan kepala rusa yang ditemui di sebuah premis tanpa ada permit penyimpanan di Kuala Lumpur baru-baru ini. – Ihsan Perhilitan

PUTRAJAYA – Sebuah premis yang menyimpan bahagian haiwan liar diserbu oleh pasukan penguatkuasaan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurut hantaran agensi berkenaan menerusi laman sosialnya, ia hasil pemeriksaan secara mengejut di premis yang terletak di ibu kota itu pada cuti Tahun Baharu Cina minggu lalu.

“Pihak Perhilitan telah bertindak merampas anggota hidupan liar disyaki kepala rusa, kulit harimau dan kulit beruang yang dipelihara tanpa dokumen penyimpanan Perhilitan,” katanya.

Satu laporan kemudian dibuat di sebuah balai polis berhampiran dan kesemua barangan yang dirampas tersebut turut dibawa ke pejabat Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia bagaimanapun tidak pula menyatakan dengan lebih terperinci mengenai sama ada berlaku tangkapan dan butiran latar belakang suspek kes berkenaan untuk proses pendakwaan.

Tindakan selanjutnya ujar hantaran berkenaan, akan dilaksanakan pula oleh pegawai agensi tersebut dengan kes terbabit bakal disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, pelakunya boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hantaran Perhilitan itu menerima reaksi positif dalam kalangan warganet apabila meraih lebih 1,500 tanda suka dan hampir 100 komen yang marah dengan tindakan suspek berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI