fbpx

Pelajar sekolah rendah tunjuk bakat silat, hilangkan gemuruh terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seorang pelajar lelaki bersilat sebelum disuntik vaksin Covid-19. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan gelagat seorang kanak-kanak yang takut untuk divaksin dengan bersilat di hadapan kaunter, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @terangmedia itu menunjukkan suasana di sebuah sekolah rendah yang menjalankan pemberian suntikan vaksin kepada pelajar-pelajar.   

Menerusi video yang dikongsikan, beberapa petugas kesihatan dilihat sedang bersiap sedia untuk menyuntik vaksin kepada pelajar.

Seorang pelajar lelaki yang memakai pelitup muka berwarna putih kemudian menunjukkan aksi silat ketika gilirannya tiba.

Aksi itu turut mendapat tumpuan orang yang berada di sekitar kawasan kejadian dengan memberikan tepukan dan gelak tawa.

Pelajar itu kemudian duduk di atas kerusi untuk menerima suntikan.

Rata-rata netizen memberikan pandangan di ruangan komen.

“Jika ia boleh menambah keyakinan dan keberanian, mengapa tidak,’’ tulis seorang netizen.

“Bagus begitu, yang penting jangan berlagak hero nanti,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI