fbpx
SAHRUDDIN (kanan), Ahmad Syarie (tengah) dan Subramani sah bertanding bg kerusi N. 07 Bukit Kepong pada PRN Johor ke-16.

PRN Johor: Kerusi ‘panas’ Bukit Kepong, Sahruddin sah dicabar BN, PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAGOH – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Bersatu-PN) sah berdepan saingan tiga penjuru bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di kawasan itu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Hisam Said mengumumkan menerima tiga borang pencalonan daripada tiga blok utama iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kira-kira pukul 10.10 pagi tadi di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh.

Penyerahan borang pencalonan itu dimulakan oleh Sahruddin pada pukul 9.02 pagi, diikuti calon PH, C. Subramani (PKR) pada pukul 9.07 pagi, sebelum BN, Ahmad Syarie Yusof menyerahkan borang terakhir pada pukul 9.12 pagi.

Sahruddin yang mewakili PN mempertahankan kerusi dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini dengan kemenangan tipis dengan majoriti hanya 710 undi.

Majoriti kecil itu menjadikan Bukit Kepong antara kerusi yang dilabel sebagai ‘panas’ dan sukar dijangka.

BN pula mempertaruhkan calon dalam kalangan pemimpin tempatan, Ahmad Syarie Yusof yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Syarie.

Sementara itu, PH menampilkan C. Subramani yang sebelum ini pernah bertanding di DUN Buloh Kasap dan telah berkhidmat selama sembilan tahun di kawasan tersebut sebagai Ketua Cabang PKR Pagoh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN