fbpx

Cadangan antilompat parti akan dibawa ke jawatankuasa pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Segala cadangan berhubung peruntukan perundangan antilompat parti akan dibentang kepada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia dipengerusikan bersama wakil kerajaan dan pembangkang.

“Pembentangan itu bagaimanapun akan dilakukan setelah dimurnikan dan dimuktamadkan dengan semua pihak yang berkepentingan,” jelas beliau menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Ia susulan sesi libat urus bersama ahli-ahli Parlimen dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi mendapatkan maklum balas mereka yang diadakan di Parlimen hari ini dan semalam.

Sesi berkenaan turut menerima input berhubung cadangan bagi pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama hanya tempoh dua penggal atau maksimum lima tahun sahaja.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, sesi itu dilakukan selepas perbincangan membabitkan panel Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik dibuat pada 25 Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI