fbpx

Shidee dilanggar ketika hendak ke surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAAN Shidee dikatakan tidak serius selepas terbabit dalam kemalangan, semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi popular era 1980-an, Shidee cedera ringan selepas terjatuh dari skuter elektrik yang ditunggangnya, petang semalam.

Difahamkan kemalangan tersebut berlaku ketika penyanyi yang popular dengan lagu Semuanya Sudah Terlambat itu dalam perjalanan ke sebuah surau untuk menunaikan solat Asar.

Shidee kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Tiada kecederaan serius, sebaliknya penyanyi itu hanya mengalami luka kecil dan bengkak di bahagian muka akibat terjatuh.

Hasil ujian imbasan sinar X mendapati tiada keretakan pada mana-mana bahagian tulang dan telah dibenarkan pulang oleh doktor.

Shidee kembali meraih perhatian peminat selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini.

Penyanyi beusia 63 tahun itu gagal mara ke peringkat akhir apabila tersingkir pada minggu kesembilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI