fbpx

Ramai kanak-kanak jatuh sakit kerana mula terdedah aktiviti luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video Dr. Malar yang menjelaskan tentang isu musim kanak-kanak jatuh sakit.

PETALING JAYA – Ramai kanak-kanak kini jatuh sakit atau mengalami gejala seperti asma, batuk serta demam kerana mereka lebih banyak terdedah dengan aktiviti di luar rumah.

Pakar perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali sebagai Dr. Malar berkata, keadaan di mana kanak-kanak ramai jatuh sakit ini berlaku sebaik sahaja negara tidak lagi melaksanakan Perintah Kawalaan Pergerakan (PKP) dan sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kanak-kanak (PICKids) bermula.

“Sekarang ini musim budak sakit, asma, batuk, selesema, cirit-birit, sakit perut dan macam-macam lagi.

“Memang majoriti pesakit kanak-kanak mengalaminya, sebenarnya selama hampir dua tahun Malaysia menjalani PKP, kanak-kanak sihat kerana jarang keluar rumah termasuk kes Covid-19 juga tidak melibatkan ramai kanak-kanak,” katanya dalam satu perkongsian di aplikasi TikToknya.

Justeru itu katanya, bukan sahaja wabak Covid-19, malah kanak-kanak terlindung daripada bermacam penyakit lain kerana mereka kerap berada di dalam rumah.

“Tetapi, sekarang apabila mereka sudah boleh keluar rumah, ramai yang kena penyakit asma, demam dan yang paling kerap adalah jangkitan Mycoplasma ataupun atypical infection di mana kanak-kanak mengalami batuk berkahak serta demam di waktu malam.

“Bila saya dengar sejarah penyakit begini, saya akan melakukan beberapa ujian dan kebiasaanya memang ia jangkitan Mycoplasma. Jadi, kanak-kanak ini akan diberikan antibiotik khusus untuk penyakit itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI