JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang wanita rela dijadikan sebagai ‘beg tinju’ demi mendapatkan restu daripada ibu bapa teman lelakinya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan wanita itu melawat rumah kekasihnya.
Situasi bertambah cemas apabila bapa teman lelakinya tiba-tiba memukul wanita itu secara berulang kali.
Meskipun ditumbuk, dia hanya mendiamkan diri.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Pulanglah,” kata seorang netizen.
“Tolong hormati diri anda serta ibu bapa anda,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














