fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir hampir semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) dan Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera),” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat melibatkan kawasan Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).

Bagi negeri Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN