fbpx

Suami bakar pejabat kerana isteri diminta bekerja pada Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadam kebakaran di pejabat Bapedda pada Selasa lalu. – Idon

JAKARTA – Gara-gara berang kerana isteri perlu bekerja pada hari cuti umum Tahun Baharu Cina, seorang lelaki di Pekanbaru dalam wilayah Riau bertindak membakar pejabat tempat wanita itu bekerja, lapor laman berita Kompas semalam.

Suspek yang hanya dikenali sebagai I itu dituduh membakar pejabat Agensi Perancangan Pembangunan Daerah (Bapedda) Wilayah Riau di Pekanbaru pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Pekanbaru, Komisioner Polis Pria Budi, isteri suspek pada awalnya memberitahu lelaki itu bahawa dia perlu bekerja pada hari cuti kelepasan am itu.

Suspek bagaimanapun pergi mencari isterinya di pejabat dan memecah masuk pejabat tersebut selepas mengancam pengawal keselamatan menggunakan senjata tajam.

Dia kemudian naik ke tingkat dua lalu membakar sebuah sofa sebelum bertindak melarikan diri. 

“Isteri suspek bertugas di Bapedda Riau. Dia pada awalnya ingin mencari isterinya di situ, namun wanita itu tidak berada di pejabat tersebut.

“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” kata Pria.

Suspek telah diberkas polis di rumahnya di Pekanbaru tidak lama selepas kejadian tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI