fbpx

AS umum pecat lebih 3,000 askar tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMECATAN tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Tentera Amerika Syarikat (AS), Christine Wormuth menerusi satu kenyataan. - AFP

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kelmarin bahawa pihaknya akan mula memecat askar-askar yang enggan mematuhi peraturan vaksinasi mandatori Covid-19.

“Askar-askar yang tidak divaksin mendatangkan risiko kepada Tentera AS dan menjejaskan kesiapsiagaan.

“Kami akan memulakan prosedur mengasingkan askar yang enggan mematuhi peraturan vaksinasi dan tidak menolak pemecatan,”kata Setiausaha Tentera, Christine Wormuth dalam satu kenyataan.

Menurutnya, lebih 3,000 askar berkemungkinan dipecat. Tentera AS mempunyai seramai 482,000 askar dan kakitangan aktif lain pada akhir 2021.

Setakat 26 Januari lalu, seramai enam pegawai berpangkat tinggi termasuk dua komander batalion telah dilucutkan jawatan mereka kerana enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Pihak tentera juga mengeluarkan peringatan bertulis kepada 3,073 askar yang terus berdegil dan enggan divaksinasi.

Tentera Laut AS pula mengumumkan pada pertengahan Oktober tahun lalu bahawa kakitangannya boleh dipecat sekiranya menolak pelalian Covid-19.

Pihak tentera laut memandang serius isu tersebut kerana risiko kes tunggal Covid-10 boleh menyebabkan sebuah kapal atau kapal selamnya lumpuh di laut apabila kru dan  kakitangan lain dijangkiti koronavirus.  

Dalam satu kenyataan kelmarin, Tentera Laut AS berkata, kira-kira 8,000 kakitangan aktif dan simpanannya masih belum divaksinasi, manakala setakat ini, seramai 118 anggota tentera laut telah dipecat kerana menolak suntikan vaksin.

Kor marin sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya memecat lebih 300 anggota.

Kira-kira 97 peratus daripada seramai 1.4 juta askar dan pegawai tentera AS yang aktif telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, demikian menurut Pentagon. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI