fbpx
Warga kerja KLIA ketika meraikan inisiatif “Ngopi Dulu, Kekal Bersemangat Bersama” yang telah dilaksanakan baru-baru ini.

Inisiatif ‘Ngopi Dulu, Kekal Bersemangat Bersama’, rai warga MAHB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – NESCAFÉ telah bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai rakan ‘recharge’ meraikan warga kerja lapangan terbang itu menerusi inisiatif “Ngopi Dulu, Kekal Bersemangat Bersama”.

Inisiatif tersebut merupakan kesinambungan daripada kempen tahun lalu iaitu ‘Ngopi Dulu dan Kekal Kental Bersama’ yang telah meraikan semangat kental rakyat Malaysia dalam menghadapi liku hidup penuh dugaan.

Juan Aranols berucap pada majlis pelancaran inisiatif tersebut baru-baru ini.

NESCAFÉ dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi misi syarikat itu  bagimeraikan kisah harian rakyat Malaysia.

“Ia juga merupakan penghormatan terhadap ketahanan, keazaman dan kekuatan bersama yang terus menjadi inspirasi kepada negara untuk melangkah maju bersama.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NESCAFÉ dalam menghargai dedikasi dan usaha warga barisan hadapan yang memastikan negara terus bergerak ke hadapan.

“Inisiatif ini ditujukan khas kepada warga kerja lapangan terbang yang memainkan peranan penting dalam memastikan ketersambungan Malaysia dengan dunia luar kekal lancar, terutama ketika Hari Pekerja di mana ramai orang lain bercuti dan berehat,”katanya.

Jelas NESCAFE’, sebagai pintu masuk antarabangsa utama, operasi lapangan terbang amat bergantung kepada dedikasi tenaga kerjanya.

“Memandangkan Hari Pekerja tahun ini jatuh pada hari Jumaat, warga kerja MAHB beroperasi pada kapasiti yang lebih tinggi, sekali gus memerlukan tahap kepekaan yang optimum.

“Justeru, ini merupakan masa yang tepat untuk menghargai usaha gigih mereka dalam mengurus ketersambungan negara dan sektor pelancongan, selain membentuk tanggapan positif dalam kalangan pelancong yang tiba mahupun berlepas ke luar negara,”katanya.

Kakitangan MAHB memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan melalui inisiatif tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, kempen tersebut adalah bagi meneruskan semangat Ngopi Dulu 2025.

“NESCAFÉ dengan penuh semangat menyokong komuniti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur I (KLIA1) khususnya mereka yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kelancaran operasi lapangan terbang setiap hari.

“Operasi lapangan terbang sentiasa bergerak pantas dan penuh cabaran. Oleh itu, Hari Pekerja merupakan platform yang tepat untuk kita meraikan komitmen pekerja serta menyuntik semangat agar terus kuat menghadapi hari yang panjang,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sempena pelancaran kempen itu baru-baru ini, pihak NESCAFE’ mengedarkan lebih 5,000 tin minuman kepada warga kerja MAHB.

Ia merangkumi pelbagai jenis produk seperti NESCAFÉ Original, 3x Shot, Latte dan Mocha.

“Edaran ini bertujuan menghargai warga kerja serta membantu mereka kekal segar dan bertenaga sepanjang hari. Inisiatif Hari Pekerja bersama MAHB ini merupakan langkah sulung NESCAFÉ sebagai rakan “recharge” kepada kakitangan KLIA,”ujarmya.

Pada masa sama, NESCAFÉ turut menaik taraf bilik komuniti yang di Terminal 1,KLIA dengan penyediaan ruang khas untuk kakitangan MAHB berehat, berinteraksi dan menyegarkan diri sebelum meneruskan tugas mereka.

Kemudahan ini turut dilengkapi dengan mesin layan diri yang menawarkan pelbagai produk NESCAFÉ serta jenama Nestlé lain seperti MILO®, KitKat® dan MAGGI® jenama ikonik yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Lebih banyak inisiatif seperti ini akan diperluaskan di seluruh lapangan terbang dalam masa terdekat bagi memberi manfaat kepada lebih ramai warga kerja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nescafe.com.my, Facebook di NESCAFÉ Malaysia
(facebook.com/Nescafe.MY) dan Instagram di @nescafe_my.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN