fbpx
Tangkap layar video berhubung penemuan pakaian dalam lelaki di dalam perut lembu.

[VIDEO] ‘Seluar dalam siapa pula lembu ni telan?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan lelaki yang sedang mencuci perut lembu sempena ibadah korban bertukar lucu apabila mereka menemui sehelai pakaian dalam lelaki di dalam organ haiwan berkenaan.

Menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, kumpulan lelaki terbabit kelihatan terkejut selepas menemui pakaian dalam tersebut yang berwarna gelap.

Situasi mencuit hati itu turut mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan pengguna media sosial sehingga video berkenaan meraih lebih 500,000 tontonan setakat ini.

Pemilik akaun TikTok tersebut turut berseloroh menerusi kapsyen, ‘Bapak siapa punya seluar dalam kau telan ni lembu, wei!”

Ruangan komen turut dihujani pelbagai reaksi menghiburkan daripada netizen.

“Basuhlah, boleh pakai lagi tu.” kata seorang pengguna dikenali sebagai @MissBumbleBeeLeeza.

“Disalutnya matcha hmm,” kata @Fdiyyy.

“Jenama apa tu, elok tak koyak lagi tu,” kata @Aqisnaomi. – KOSMO! ONLINE

@acapaidi21 bapak sape punya spender kau telan ni lembu weyy 🤣#fyp #foryou #random #eidaladha ♬ Abang main taik dik – Abang MANTUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN