fbpx
UMAT Islam di negara ini dibenarkan menunaikan umrah bermula 8 Februari ini selepas tertangguh selama sebulan disebabkan situasi terkini Covid-19.- Gambar hiasan

Kos tunai umrah dijangka naik RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bakal jemaah umrah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 8 Februari ini berdepan dengan kenaikan kos sehingga RM300 sekiranya kerajaan mewajibkan pengambilan insurans perlindungan kesihatan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Razali Mohd. Sham berkata, perkara tersebut diutarakan Menteri Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Menurut beliau, cadangan insurans perlindungan kesihatan itu harus disambut baik oleh semua demi kesejahteraan dan ke­selamatan bakal jemaah sebelum bertolak dan semasa berada Tanah Suci.

“Memang akan ada kenaikan kos anggaran RM200 hingga 300 untuk setiap jemaah sekiranya insurans perlindungan kesihatan diwajibkan.

“Sejujurnya, saya menyokong tindakan ini memandangkan situasi semasa kes jangkita Co­vid-19 dan ancaman varian Omic­ron demi untuk kebaikan para bakal jemaah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Razali memberitahu, setiap pengembara yang pergi ke luar negara perlu mengambil insu­rans perlindungan kesihatan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992, namun ia tidak dikuatkuasakan.

“Di Malaysia, tiada penguatkuasaan dijalankan. Misalnya sekiranya jemaah umrah dijangkiti Covid-19 di lapangan terbang (di Malaysia) maka tiada perlin­dungan insurans.

“Jadi, ini antara faktor Menteri MOTAC membawa cadangan untuk mengwajibkan jemaah umrah supaya mengambil perlindungan insurans kesihatan sebagai SOP baharu untuk menunaikan ibadah tersebut,” katanya.

Razali menambah, sekiranya tiada insurans perlindungan ke­sihatan, bakal jemaah berdepan dengan kos lebih tinggi sekiranya dijangkiti virus Covid-19 terma­suklah pembatalan tiket penerbangan.

Sebelum ini, MOTAC menggariskan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi perjalanan ibadah umrah selepas dibenarkan semula bermula 8 Februari ini.

Antara SOP tersebut terma­suklah memastikan bakal jemaah lengkap vaksinasi dan wajib mengambil dos penggalak demi keselamatan dan kesejahteraan jemaah.-K! ONLINE

POPULAR