fbpx
Muhammad Al Imran (kiri) di samping ibunya yang sedang dirawat di ICU Hospital King Fahad, Madinah, Arab Saudi.

‘Kami tunggu green light bawa pulang mak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluarga wanita warga emas, Halimah Ismail, 64, yang kini terlantar akibat strok di Arab Saudi masih menunggu kelulusan ‘meda approve’ daripada syarikat pe­nerbangan bagi membolehkan mang­sa dibawa pulang ke tanah air.

Anak Halimah, Siti Nur Ain Abd. Sanief, 31, berkata buat masa ini syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines tidak dapat membawa pulang ibunya berikutan kekangan.

“Kami masih menunggu kelulusan penerbangan lain. Sekiranya kelulusan diperoleh dalam masa terdekat, insya-Allah urusan membawa pulang ibu dapat disegerakan. Namun, buat masa ini tarikh spesifik masih belum dapat ditentukan.

“Sebelum ini kami jangka 20 April 2026, namun tidak dapat diteruskan kerana pihak hospital lambat mengeluarkan laporan perubatan terkini serta proses mendapatkan cop pengesahan juga mengambil masa. Kini kami masih menunggu maklum balas pihak syarikat penerba­ngan dan berharap hospital dapat memberi kerjasama lebih cepat.

“Kami juga berharap ibu dapat dibawa pulang secepat mungkin bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Menurutnya, keluarga pada awalnya berusaha menggunakan penerbangan komersial yang boleh membawa pesakit.

“Kami cuba untuk menaiki penerbangan biasa yang boleh membawa orang sakit. Jika tidak dapat juga, barulah akan menggunakan perkhidmatan ambulans udara, namun kosnya terlalu mahal,” jelasnya.

Tambahnya, kos keseluruhan ditanggung keluarga dengan bantuan dana orang ramai yang prihatin, yang kini telah mencecah kira-kira RM273,000.

“Jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan kerana kos rawatan hospital terkini belum dimuktamadkan tetapi setakat ini saya rasa mencukupi. Jika rakyat Malaysia tidak membantu, mungkin sampai sekarang kami masih tidak dapat berbuat apa-apa. Terima kasih kepada semua yang telah membantu,” katanya.

Dia memaklumkan, adiknya, Muhammad Al Imran, 25, masih berada di Arab Saudi bagi me­nguruskan hal hospital ibunya.

“Mungkin adik saya perlu tinggal di sana jika ibu dibawa pulang terlebih dahulu kerana pihak hospital meminta waris menunggu sehingga semua bayaran selesai,” katanya.

Sementara itu, keadaan ibunya dilaporkan stabil dan kini tidak lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) perseora­ngan, sebaliknya dipindahkan ke unit rawatan rapi biasa.

“Keadaan ibu masih menggunakan mesin, tetapi kebergantungan itu semakin berkurangan. Namun, saya tidak dapat jelaskan secara terperinci kerana bukan sepenuhnya bergantung kepada mesin,” ujarnya.

Tambahnya, proses membawa pulang ibunya hanya melibatkan penerbangan dan tidak membabitkan laluan darat.

Pada 6 April lalu, Kosmo! melaporkan, keluarga Halimah Ismail, 64, memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi membawa pulang wanita itu yang kini dirawat di Hospital King Fahad, Arab

Saudi sejak 5 Februari lalu akibat strok ketika menunaikan umrah.

Halimah dari Kampung Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis, ditempatkan di unit rawatan rapi hospital tersebut sejak tarikh berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN