fbpx
Gambar hiasan

Harga petrol, diesel kekal sehingga 9 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.12 seliter berkuat kuasa esok sehingga 9 Februari depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel juga kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, pengekalan harga bagi petrol RON95 dan diesel adalah bagi melindungi pengguna daripada harga minyak semasa di pasaran global yang berada pada paras yang tinggi.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN