fbpx

‘Saya sedih tengok cara ibu bernafas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salmah hanya terlantar di atas katil dan bernafas menggunakan bantuan alat pernafasan selepas menghidap pelbagai penyakit di rumahnya di Felda Sungai Tekam, Jerantut.

JERANTUT – Seorang warga emas dari Felda Sungai Tekam di sini terpaksa bergantung kepada bantuan tabung oksigen untuk terus ‘bernafas’ selepas menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk paru-paru kronik.

Salmah Husin, 83, juga terpaksa mengharapkan ihsan anak perempuannya untuk menguruskan kehidupan hariannya selepas terlantar sakit sejak 2015.

Khatijah Che Wain, 55, berkata, selain masalah paru-paru kronik, ibunya juga menderita jantung bengkak dan darah tinggi.

“Ibu mula mengalami penya­kit paru-paru kronik pada 2015, tetapi hanya menggunakan bantuan peralatan tabung oksigen elektrik sejak sebulan lalu.

“Ibu mula bergantung kepada tabung oksigen elektrik yang di­sambung melalui tiub getah menerusi hidung untuk bernafas selain hanya makan nasi kanji dan bergantung kepada ubat-ubatan.

“Saya begitu sedih melihat ibu sukar bernafas dan lebih cemas apabila bekalan elektrik terputus sehingga aliran oksigen terhenti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Menurut Khatijah, mereka hanya mampu menyewa peralatan pernafasan elekrik dan tabung oksigen daripada sebuah farmasi di Jengka dengan per­belanjaan RM400 sebulan.

Katanya, ibu juga perlu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh sebulan sekali untuk menjalani rawatan termasuk mengambil darah.

“Sebelum ini, dia kerap ditempatkan di wad untuk beberapa hari selepas doktor mengesahkan dia mengalami masalah paru-parunya kronik dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.

“Saya dan keluarga terpaksa menyewa ambulans mencecah RM600 ketika berulang alik selain perbelanjaan lain yang mencecah RM1,600 sebulan termasuklah sewa oksigen, membeli lampin pakai buang, susu tepung dan lain-lain,” katanya.

Khatijah juga berharap ada pihak di luar sana yang sedia membantu termasuk membeli katil dan kerusi roda untuk ke­perluan ibunya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Khatijah menerusi talian 017-930 2296 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Khatijah 156020517507.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI