fbpx

Wujud kembali perumahan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyampaikan wang bantuan keperluan kepada mangsa banjir di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera baru-baru ini. Gambar hiasan

BERA – Program Perumahan Banjir yang pernah dilaksanakan di negara ini akan dipertimbangkan dilaksanakan semula dalam usaha mengatasi masalah banjir yanng berlaku berulang-ulang di sesuatu tempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program perumahan tersebut merupaka antara cadangan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir secara tuntas dan menyeluruh selain pembinaan benteng, mendalamkan sungai dan sebagainya.

“Ada yang cadang diadakan perumahan banjir seperti dulu, kalau rumah di tepi sungai kita pindahkan ke tempat yang lebih tinggi, ini juga salah satu daripada cara kita mengatasi bencana yang boleh merosakkan rumah dan kehidupan mereka yang tinggal di tepi sungai.

“Untuk pindahkan mereka ini ke tempat yang tinggi kita perlukan kerjasama kerajaan negeri kerana tanah di bawah kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Monsun Timur Laut 2021/222 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Menurut Ismail Sabri, satu mesyuarat akan diadakan melibatkan pelbagai pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri akan dilakukan bagi melihat kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu banjir yang berlaku.

Katanya, langkah ini perlu bagi memastikan isu banjir tidak berulang setiap tahun yang menyebabkan perbelanjaan yang besar dan kesan kepada masyarakat.

“Sebab itulah semua pihak mesti memainkan peranan bersama sama untuk mengurangkan banjir ini kerana kesan daripada banjir ini bukan sahaja dari segi kewangan.

“Tahun ini RM6 bilion lebih kerajaan terpaksa tanggung, dengan RM6 bilion ini mungkin banyak penyelesaian boleh dilakukan seperti mendalamkan sungai, melebarkan sungai meninggikan tebing dan sebagainya,”katanya.

Sementara itu beliau berkata, dalam usaha menangani masalah kenaikan harga barang pihaknya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas kabinet bagi mencari kaedah terbaik menangani isu itu.

Ujarnya, semua kementerian terbabit dan juga beberapa persatuan pengguna akan turut serta dalam mesyuarat pada Isnin ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI