fbpx
Zainal menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara JBPM yang diraikan pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di Kota Bharu hari ini.

80 peratus pegawai, anggota bomba Kelantan dibekukan cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Hanya 20 peratus pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dibenarkan bercuti pada sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada 1 Februari ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kebenaran itu hanya membabitkan hampir 1,000 pegawai dan anggota bomba di Kelantan, manakala baki 80 peratus lagi telah dibekukan cuti bagi menjalankan tugas-tugas ketika musim perayaan.

“Surat pekeliling belum dikeluarkan, namun kita telah keluarkan arahan dalaman supaya anggota dan pegawai dalam mod berjaga-jaga.

“Ini penting dalam usaha memastikan tugasan pada musim perayaan berjalan lancar selain pertambahan kemasukan kenderaan dari luar Kelantan,” katanya selepas hadir pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal memberitahu, pihaknya turut memantau lokasi panas yang sering berlakunya kemalangan termasuk kawasan di Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Pasir Puteh.-K! ONLINE

POPULAR