fbpx

Restoran guna cawan ada lumpur banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan menunjukkan cawan berlumpur digunakan di sebuah restoran terkenal di Bentong semalam.

BENTONG – Pelanggan di kedai-kedai makan yang ditenggelami banjir sebelum ini kini berhadapan dengan risiko kesihatan apabila terdapat barangan seperti cawan dan pinggan digunakan tidak dibersihkan dengan baik.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di sebuah restoran terkenal di sini mendapati kesan banjir lumpur pada dinding restoran dan peralatan masih kelihatan.

Malah terdapat cawan plastik yang digunakan pelanggan dilihat masih mempunyai kesan lumpur kerana tidak dibersih dengan baik.

Seorang pelanggan Salehudin Mohamad, 60, berkata, dia terkejut apabila mendapati kesan lumpur masih terdapat di celah-celah tangkai cawan.

“Saya sedar selepas habis minum, kalau belum minum saya sudah tinggalkan, saya risau keadaan ini boleh membahayakan kesihatan.

“Saya berharap pihak berkuasa terbabit dapat melakukan pemantauan bagi memastikan kebersihan di kedai-kedai terlibat banjir,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu seorang lagi pelanggan, Zainudin Aziz, 46, berkata, dia berasa pelik apabila mendapati restoran berkenaan masih menggunakan cawan yang tidak dibersihkan sepenuhnya.

Beliau berkata, sepatutnya pemilik restoran khususnya yang mendapat sambutan orang ramai perlu mengutamakan kesihatan pengguna dan tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI