fbpx
Tidak lama lagi pelajar dan murid sekolah akan belajar jati diri mengenai cuci tandas. -Gambar Janaan AI

Ibu bapa tidak melatah anak kena cuci tandas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua sekolah menyediakan jadual mencuci tandas melibatkan pelajar sekolah dalam memastikan kebersihan tandas sekolah di negara ini.

Jadual itu perlu dimulakan secepat mungkin melibatkan semua pelajar sekolah bagi memastikan kebersihan tandas dan melatih mereka dalam membentuk jati diri mereka.

Ada respons ibu bapa yang menentang arahan itu kerana menganggap perkara itu menyusahkan anak-anak mereka yang ke sekolah untuk belajar bukan mencuci tandas.

Selain itu ada juga ibu bapa yang mahu anak-anak mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran semata bukannya membuat kerja lain terutamanya mencuri tandas yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja kebersihan.

Menariknya di media sosial Threads ramai ibu bapa yang bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri kerana soal kebersihan tandas perlu diajar di sekolah bagi lebih memberi kefahaman kepada anak-anak mereka.

“Bila hendak mula, bagus cadangan cuci tandas di sekolah, baru padan muka anak aku, kat rumah jenuh cakap dia tidak buat,” tulis seorang bapa.

Perkara itu turut disetujui oleh ramai ibu bapa lain yang mahu perkara itu segera dibuat bagi ‘mengajar’ anak mereka yang degil di rumah.

“Banyak kali suruh tekan mangkuk tandas mereka tidak pernah nak tekan, baru mereka (anak) ada akal tahu nak tekan lepas membuang lepas kena cuci tandas di sekolah,” tulis seorang ibu.

Bagi penulis jadual mencuci tandas seperti yang sudah dipraktikkan oleh pelajar di Jepun bagus untuk dinormalisasikan oleh kanak-kanak dan remaja di negara ini bagi mendisiplinkan diri mereka.

Setakat ini, setahu penulis perkara itu ada diajar kepada kanak-kanak di tadika sahaja. Seingat penulis ketika anak-anak di prasekolah silibus jati diri ini memang dapat membentuk mereka.

Apabila balik sekolah mereka tahu meletakkan kasut secara tertib di pintu rumah, pandai meletakkan beg sekolah di tempat sepatutnya dan sebagainya.

Perkara itu seolah-olah sudah dilupai apabila melangkah ke darjah satu. Jadi baiknya perkara itu diajar kembali bagi membina jati diri agar mereka lebih beradab.

Bukan mahu menambah beban guru cuma pengajaran seperti itu ‘lebih serap dalam otak’ jika diajar di sekolah.

Hasil risikan di sekolah jadual mencuci tandas ini belum lagi dilaksanakan mungkin pihak Kementerian Pendidikan mahu memperhalusi dan mencari cara terbaik untuk anak-anak melaksanakan itu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN