fbpx
PARK HA-SUN

Park Hasun ‘menduakan’ suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK ubah seperti peminat biasa, aktres popular, Park Hasun mengakui tergolong dalam peminat fanatik kumpulan BTS.

Gara-gara terlalu obses, ketaksuban Harun terhadap BTS menyebabkan suaminya merajuk kerana berasa seperti tidak dipedulikan.

Pemegang watak utama drama The Veil itu baru-baru ini mendedahkan sangat mengidolakan Kim Seokjin atau lebih dikenali sebagai Jin daripada BTS.

Suaminya yang juga pelakon terkenal, Ryu Soo-young berseloroh bahawa isterinya lebih menyayangi Jin berbanding suami sendiri.

Lebih lucu, dia sanggup melakukan sketsa berhubung Jin ketika memegang watak utama dalam drama Postpartum Care Center.

Terbaharu, aktres berusia 35 tahun itu bersusah payah melakukan tarian Super Tuna yang didendangkan Jin dalam temu bual KBS, Problem Child in The House.

POPULAR

BERITA BERKAITAN