fbpx

Didenda RM76,000 lepas sisa industri dalam longkang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JAS mengambil sampel sisa yang dilepaskan sebuah syarikat berasaskan makanan dan minuman.

SHAH ALAM – Sebuah syarikat berasaskan makanan dan minuman di daerah ini didenda RM76,000 di Mahkamah Sesyen hari ini kerana telah melepaskan efluen perindustrian melebihi had dibenarkan ke dalam longkang awam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Rasyihah Ghazali selepas pengarah syarikat berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

“Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan itu pada 31 Disember 2020 yang lalu.

“Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan 10(3) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2009 akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan fakta kes dikemukakan mendapati syarikat itu telah melepaskan efluen industri yang mempunyai parameter melebihi had lesen yang dibenarkan.

Ujarnya, efluen industri yang dilepaskan mempunyai kepekatan parameter Keperluan Oksigen Kimia (BOD) sebanyak 720mg/L, Keperluan Oksigen Kimia (COD) sebanyak 5830mg/L dan pepejal terampai sebanyak 4060mg/L.

“Syarikat itu juga dituduh telah mengoperasikan sistem rawatan efluen perindustrian di premisnya itu tanpa orang yang berwibawa,” jelasnya.

Nor Aziah menegaskan, JAS Selangor sentiasa akan mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar.

“Orang awam yang ingin melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my, “katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI