fbpx
Nafuzi Zain

FAM pilih Nafuzi kendali Harimau Malaya pada Piala AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Nafuzi Zain terus menjadi ‘bidan terjun’ apabila dipilih untuk membimbing skuad Harimau Malaya pada kempen Piala ASEAN anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada bulan depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan Nafuzi akan menggalas tugas tersebut selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada ketua jurulatih, Peter Cklamovski.

“Nafuzi akan membimbing skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF yang akan berlangsung pada Julai nanti dengan kombinasi pemain senior dan junior.

“Manakala Cklamovski pula akan kembali mengemudi pasukan pada Piala ASEAN FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang akan berlangsung pada September nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sebagai rekod, ini adalah tugasan luar kedua buat Nafuzi selepas diarahkan membimbing pasukan bawah 19 tahun (B-19) pada Kejuaraan ASEAN B-19 2026 di Medan, Indonesia ketika ini.

Pada Mac lepas, Cklamovski memberi bayangan mahu mencadangkan nama Nafuzi untuk mengendalikan skuad senior pada kempen Piala AFF sebagai pelan jangka panjang untuk membina kekuatan pasukan.

Kepakaran Nafuzi dalam mencungkil bakat pemain remaja selepas turut membantu skuad B-23 meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2025 yang lepas menjadi sandaran pada kejohanan berprestij dwitahunan itu nanti.

Sebagai rekod, Malaysia yang memburu trofi Piala AFF pertama sejak 2010 diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos pada saingan yang berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos depan.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN