fbpx

Sabalenka bangkit teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA tewas pada set pertama sebelum bangkit dalam dua set berikutnya untuk meraih kemenangan ke atas Vondrousova kelmarin. – AFP

MELBOURNE – Pemain sensasi Belarus, Aryna Sabalenka mendapat semangat baharu selepas bangkit mengatasi pemain Republik Czech, Marketa Vondrousova untuk melangkah ke pusingan keempat Terbuka Australia.

Sabalenka mengakui puas dengan kemenangan tersebut selepas bergelut dengan permainannya hingga menyebabkan dia tewas pada set pertama pada aksi kelmarin.

Meskipun tidak bermula dengan baik, namun Sabalenka bangkit menewaskan Vondrousova 4-6, 6-3, 6-1 dan mengakui ia adalah perlawanan paling sukar.

“Sudah tentu saya berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya bangkit dan kembali pada permainan sebenar saya semula.

“Saya akui perlawanan ini benar-benar sukar terutama pada set pertama. Saya sangat gembira kerana segala usaha keras membuahkan hasil.

“Vondrousova seorang pemain yang baik dan saya berbangga dapat melepasi cabaran ini,” katanya.

Hasil keputusan tersebut, pemain ranking No.2 dunia tersebut akan menentang Kaia Kanepi petang ini untuk memburu tempat ke suku akhir.

“Kanepi seorang pemain yang hebat terutama pukulan servisnya yang benar-benar kuat. Saya yakin ia akan menjadi satu pertembungan menarik.

“Saya sangat menantikan perlawanan ini. Jika saya ingin menewaskannya, cara terbaik adalah tidak melakukan kesilapan mudah dan memberi sepenuh fokus.

“Saya akan memberi tum­puan penuh seawal set pertama dan saya yakin peluang untuk mara ke peringkat lebih tinggi terbuka buat saya,” tegas Sabalenka.

Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu tidak pernah melepasi pusingan keempat Terbuka Australia selepas dia tewas di tangan Serena Williams tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI