fbpx

Tampal jalan berlubang dengan baju ‘bundle’, mana YB? -netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya berlubang ditampal dengan baju bundle di sebuah kawasan di Pasir Mas, Kelantan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Luluh hati pengguna media sosial apabila melihat beberapa keping gambar yang memaparkan kedaifan sebatang jalan raya dipercayai di Pasir Mas, Kelantan.

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Kelantan State, kelihatan jalan raya tersebut pecah pada bahagian tepi dan terdapat lubang besar hampir semua tempat.

Lebih menyedihkan ada sesetengah lubang tersebut telah ditampal sendiri oleh penduduk menggunakan baju ‘bundle’ (terpakai).

Kosmo! difahamkan, foto tersebut diambil sendiri oleh penduduk kampung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila foto itu dirakam.

“Assalamualaikum admin, ini gambar jalan kampung saya, teruk admin, jalan pun tutup lubang pakai baju ‘bundle’ (terpakai) je.

“Lokasi Jalan Bukit Perah ke Cabang 4 Batu Karang. Kawasan daerah Pasir Mas, bawah Parlimen Rantau Panjang, DUN (Dewan Undangan Negeri (Bukit Tuku), ” tulis seorang penduduk kampung.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial sedih melihat kedaifan jalan tersebut dan mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil rakyat di kawasan tersebut bertindak segera sekiranya aduan itu benar.

“Paling sedih tengok lubang tutup dengan baju bundle tu, tolong panjangkan aduan ini kepada pihak PBT dan wakil rakyat dengan segera,”tulis Aiman Mohd.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tok Dalang Dikir.

“Biasalah jalan kampung, YB, wakil rakyat, pengarah, orang besar (VIP) tak lalu, semua pejam mata. Kesian penduduk kampung, patut YB kawasan ambil cakna hal ini,”ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI