fbpx

Kejayaan UPM tidak perlu dipertikaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bilangan graduan ijazah kedoktoran (PhD) dihasilkan Universiti Putra Malaysia (UPM) bukanlah indikator yang wajar dipertikaikan kerana kualiti programnya dipantau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, sebagai sebuah universiti penyelidikan, program akademik di UPM dinilai biarpun mempunyai status swaakreditasi daripada pihaknya.

Beliau berkata, program ditawarkan UPM diperakui kualitinya yang mana terbukti mampu meletakkan universiti berteraskan pertanian itu dalam kelompok 150 universiti terbaik dunia berdasarkan QS World University Ranking 2022.

Katanya, apabila penilaian dibuat badan penarafan universiti antarabangsa, mereka akan melihat segenap aspek termasuk pelajar PhD yang dihasilkan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jadi, sekiranya bilangan graduan PhD menjadi tanya tanya, UPM tidak akan berada pada kedudukan yang baik dalam penarafan universiti dunia.

“Selain itu, mereka yang pernah melalui proses pengajian di peringkat PhD pastinya tahu untuk memiliki ijazah kedoktoran bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh antara universiti terbaik negara yang amat menitikberatkan hal kualiti,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ada pihak mempertikaikan bilangan graduan PhD dikeluarkan UPM yang dikatakan ‘terlalu luar biasa’ pada Majlis Konvokesyen ke-44 universiti itu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, jumlah graduan bukanlah satu ukuran yang mencerminkan kualiti kerana bilangan pelajar yang mengikuti program pengajian PhD di sesebuah universiti juga perlu dilihat.

Di MQA, katanya, pihaknya mempunyai keyakinan yang tinggi dengan kualiti graduan dikeluarkan UPM bukan sahaja untuk PhD, malah di semua peringkat pengajian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI