fbpx

Tapak pelupusan sampah terbakar, hanya 44 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah seluas 6.5 hektar di Pulau Burung, Nibong Tebal, dekat sini.

SEBERANG PERAI – Hanya 44 penduduk daripada kira-kira 400 orang yang tinggal berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal di sini yang mengalami kebakaran menetap di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, tiada pertambahan penduduk ke PPS terbabit setakat pagi ini berbanding semalam.

“Seramai 36 individu daripada lapan keluarga tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah, manakala lapan orang daripada dua keluarga ditempatkan di SK Bakap Indah.

“Keadaan di dua PPS adalah terkawal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 6.5 hektar di Pulau Burung, Nibong Tebal membahayakan nyawa penduduk sekitar.

Difahamkan sebahagian lagi keluarga yang terjejas membuat keputusan tinggal di rumah saudara mara selain ada yang masih berdegil untuk terus tinggal di rumah sendiri.

Kebakaran seluas 6.5 hektar di tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar tersebut memasuki hari kelapan hari ini selepas kejadian itu dilaporkan berlaku petang Rabu lalu.

Keselamatan kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kawasan sekitar iaitu Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dilaporkan terjejas dan mereka diminta berpindah ke PPS berikutan kualiti udara yang tercemar.

Sebanyak 10 buah sekolah berdekatan turut diarahkan ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan indeks udara menunjukkan bacaan AEGL 3 iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI