fbpx

Gurun Sahara diliputi salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena ini adalah jarang-jarang berlaku, di mana suhu yang direkodkan pernah mencecah sehingga 58 darjah Celsius. - Karim Bouchetata/Bav Media

ALGIERS, ALGERIA – Seorang jurugambar berjaya merakam beberapa keping imej padang pasir di Gurun Sahara yang diliputi salji memutih selepas mencatatkan penurunan suhu di bawah paras beku, lapor portal berita MailOnline semalam.

Fenomena di gurun terbesar dunia itu sangat jarang berlaku, di mana suhu kebiasaan yang direkodkan pernah mencecah sehingga 58 darjah Celsius.

Seorang jurugambar, Karim Bouchetata, merakam imej-imej menakjubkan itu di bandar Ain Sefra, bahagian barat laut Algeria, kelmarin.

Bagi tempoh semalaman, suhu di bandar tersebut jatuh sehingga mencecah -2 darjah Celsius.

Menurut laporan, salji yang turun itu adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun yang pernah dialami bandar itu dengan fenomena-fenomena sebelum ini berlaku pada 1979, 2016, 2018 dan 2021. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI